Jul 2, 2012

Angka kosong & satu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...:)
Nak citer hari tu aku join satu workshop dari Petrosains
tajuknya "Fundamentals of Inquiry'
sangat enjoy, berbeza dengan seminar & bengkel2 yg pernah aku join sebelum ni..

So...ape kene mengena tajuk entry ngan workshop 2??
hehe..ofcoz la input yg aku dapat kan..
nak share2 la ni..

OK..in math..kite ade sistem pernomboran kan?
ye.ye.ye
kenapa aku nak timbulkan isu nombor 0 dan 1 je?
kan banyak lagi nombor2 yg ade.betul x?
aishh..banyak pulak la soalan aku kan?
haa..soalan lagi..hehe

Jawapannye...nak kaitkan dengan kehidupan kita di muka bumi ni..
SATU itu.....ALLAH..tuhan kita...tiada tuhan melainkan ALLAH.
KOSONG itu....bukan Najwa Latif ye..
KOSONG itu KITA.

Manusia ni...bermula dari kosong..xde kat dunia ni, ibu mengandungkan
 dan melahirkan kita, baby, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan mati..
itu putaran hidup manusia di bumi ni..
Daripada kosong tadi, tujuan kita kat muka bumi ni adalah untuk menuju ke satu.
0....merangkak, bertatih, berlari....menuju ke -1, Rabb

Nak cerita kat sini..manusia, kita ini hanyalah bermula dengan 0. 
Tiada apa-apa.
Sehebat mana pun kita, Sekuat mana pun kita,
Sekaya mana pun kita, Sehensem/secantik mana pun kita,
Pangkat apa pun kita, tinggi mana pun ilmu kita,
kita hanyalah KOSONG.

Manakala...1 itu,  ALLAH TAALA.
jarak kita dengan Allah hanya lah antara 0 & 1.
Jadi, di atas muka bumi ini lah satu2 nya jalan untuk kita mencapai impian kita
bertemu dengan Pencipta kita.
Allah sediakan banyak pilihan, banyak jalan untuk kita tempuh.
Ada orang  pilih jalan jauh, jalan shortcut, kiri, kanan..
Tapi bagi orang2 yang berakal...pilihlah Sirathol Mustakim..
Supaya kita dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah redha kita menjadi hamba-Nya.
InsyaAllah..

Sekadar ini dulu perkongsian aku...kredit 2 En.Imran yg share this ilmu berkenaan 0 & 1.
Moga bermanfaat, dapat kita fikirkan dengan lebih mendalam apa yang tersirat & muhasabah diri.
Akhirul kalam....As-salam..
Adioss.=)






Jun 28, 2012

keputusan semester pertamaku..:)

Bismillahirrahmaanirrahim
Salam alaik...:)
Keputusan Semester 1 degree aku..ALHAMDULILLAH..
pointer...--->3.90
Syukur sangat2...sumenyer atas rahmat Allah Taala...
semoga sem 2 nie semangat semakin berkobar-kobar & bertambah usaha..
ehehe...k.adioSS..=))


Mar 15, 2012

my mom bday

HAPPY BIRTHDAY TO MAMA..
 HAPPY BIRTHDAY TO MAMA....
 HAPPY BIRTHDAY TO MAMA......
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.......................<3
FOZIAH BINTI AIYUB...44 YEARS OLD ON 16/ MARCH/ 2012
MAY ALLAH BLESS YOU..
JUZ WANNA SAY..I REALLY LOVE YOU MOM..:)
mMuaaaahhhhh!!!!
love you.
miss you.
^_^
Nah...juz for you...:)

Jejak kaki ke sekolah sebagai GURU

Assalamulaikum
^^
tetttttt
PBS tu ape?
<Pengalaman Berasakan Sekolah>

Selama seminggu aku kat sek from 05/03 until 09/03
Pengalaman yang baru menjejakkan kaki bukan sebagai pelajar tapi sebagai guru.
Aku rase sangat excited but a bit neves..hoho
Naseb baik lah ade member dari IPG Johor tuh.
Sekolah pilihan----> sk taman seri gombak (dkt ngan umah) ^^

 (hari2 aku datang 7.20)
huhu

Hari isnin :
Lapor diri - Perhimpunan-
Pusing2 sekolah - Amik2 gambar
Duduk dekat bilik Guru- cari data sekolah
(BORED)
sebab budak2 tga exam week ! HUH. malang tol den raso.

           ustazah hasimah yg bantu saya--syukran ustazah      bangunan sek

Hari selasa :
Buat ape ek?? haa..p masuk kelas adik aku 5 Maju.
Cerita kisah nabi Yusof - Dak2 tu suke ustazah Fazliana cerita..huhu
Cari dak laki untuk wat perkembangan kanak-kanak aku..
Mohd Elham & Wan Munirah
Temu bual dengan guru-guru lain.

                                   bersama anak murid                     temubual dgn cikgu Azli

Hari rabu :
Hari kelam kabut sikit..sebab nak tau? Cikgu cikgi ni baru perasan Nazir 
nak melawat sekolah..Hahaha. Sume macam tak cukup tangan siapkan fail & kebanyakan guru terlibat dan sibuk di bilik mesyuarat.
So, aku kene relief jage kelas exam dak tahun 6..3 MASA tau ta????
Huh..boley bayangkan? boring giler..da lah kene jage dak2 hyperaktif..
penat nak layan xpecially dak laki....hehe..but fun..:)

 Exam


Hari khamis :
Kitorang lari p bangunan prasekolah dan pendidikan khas
- Temu bual beberapa org guru- tengok guru pra mengajar-amik gambar-
Dak2 pra so...cute terutama Irfan!
alolo..chumel...:D
ehehe
last.. dapat gak tengok P&P tahun 1
perasaan--->seronok, best.

chumel boy
Irfan makan dengan penuh selera^^

Hari jumaat :
Buat ujian teori Jean Piaget ke atas beberapa orang pelajar
- P jumpe guru besar Hjh Lailaton, GPK 1 Puan Hawa, GPK koku Ustazah Tengku
- Temubual Guru data, orang pejabat, mak.cik kedai buku.
Wish bye2 to all~

 Bersama Puan Lailaton- GB

 Bersama Puan Hawa - GPK 1

 Bersama adik2..haha


Cuti seminggu..Yahoooo!
kene wat laporan PBS and kkp FPK pulak..
Semoga pengalaman ini mematangkan diriku dalam menjadi seorang bakal guru yang dedikasi, cemerlang, gemilang dan terbilang. 1 MALAYSIA. huhu.
Ok done! TATA.

P/s : Sem depan nak wat katno ekk?? 




Feb 17, 2012

Berkayak & mendaki di Pangkor

Assalamualaikum..^^

Alhamdulillah..pertama-tamanya syukur kepada Allah akhirnya berjaya gak 
aktiviti kumpulan pertama dari class PA 1.01 - PA 1.05 menyahut cabaran Bina Insan Guru..
Semoga terbinalah insan seorang bakal guru untuk mendidik generasi akan datang..
InsyaAllah..

Snap!! Peace^^












  Ok..juz 2 hari 1 malam..but really enjoy this adventure!
:)
oke..tata.^^

Jan 30, 2012

Makin kita tahu, makin banyak sebenarnya kita tak tahu!

Assalamualaikum..

Lama tak menaip ni..Alhamdulillah, masih sihat lagi jari-jari ni nak mengetuk keyboard ni..

ok..So, nampak tajuk entry nih macam serius sangat kan??

YUP! memang serius. Takder main-main punya..



Sebenarnya, aku nak share sikit ilmu yang aku dapat minggu lepas sabtu dan ahad. Aku dan beberapa orang kawan aku menghadiri seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahf by Ustaz Hasrizal Jamil di UPM. Sangat menarik kupasan beliau tentang tajuk ini.
Aku tak pergi yang seminar minggu pertama so, rasa sangat rugi sebab tak dapat dengar live kupasan kisah Ashabul Kahfi dari ustaz but Alhamdulillah..my roomate tersayang ada lah share2 ilmu yang dia dapat sebab dia pergi...
ok. ok. ok.
straigt to the point Faz!!

:)



Aku nak kongsi bab kisah Dzulqarnain yang berada di hujung-hujung ayat 

Surah Al-Kahf ni ayat 83 - 98.

Semoga dengan perkongsian ini sama-sama dapat manfaat..InsyaAllah.. 

Sebelum tu..antara persoalan-persoalan yang ramai orang nak tahu ialah :
Siapakah Dzulqarnain? Hidup zaman bila? 
Siapa Yakjuj dan Makjuj? Tembok yang mana?
ok...persoalan-persoalan ini ada yang buat kajian dan banyak pendapat-pendapat dari pelbagai ulama..bagaimanapun, kajian-kajian ini tiada natijahnya..Ianya tidak dapat membuat keputusan bagi persoalan-persoalan tersebut.
Adakah Dzulqarnain itu Alexander the great atau Sairus?
Adakah Dzulqarnain itu seorang Nabi atau bukan Nabi?
Ia tidak dapat diputuskan kerana tiada Nas dan Hadis sahih yang menyokong pendapat-pendapat ini..Wallahu'Alam.

Hidup zaman bila? Ada pendapat mengatakan kemungkinan Dzulqarnain 
hidup antara zaman Nabi Ibrahim dan Wallahu'Alam.
Di mana tembok yang dibina oleh Dzulqarnain?

Ada pendapat mengatakan mungkin di Lembah Daryal, Georgia dan Wallahu'Alam.

Siapa Yakjuj dan Makjuj? Mungkin mereka adalah manusia/kaum yang asal dari area Asia Tengah
dan ramai ulama' menganggap mereka adalah orang Monggol dan Tatar.Wallahu'Alam.
  
Jika perkara ini dibahaskan sampai ke sudah tak habis. Jadi, apa yang penting adalah kita mahu mengambil Ibrah, pengajaran, iktibar dari kisah ekslusif yang Allah ceritakan kepada kita yang takda dalam buku-buku lain kat dunia ini.


Ayat 83 - Kisah Dzulqarnain ini adalah wahyu dan Allah hanya menceritakan sebahagian sahaja.

Ayat 84 - Allah mengukuhkan kedudukannya dimuka bumi dengan kekuasaan Allah Taala.

Ayat 85 - Dzulqarnain memanfaatkan sumber yang ada.

Ayat 86 - Kembara ke barat. Disini, Dzulqarnain berjumpa dengan satu kaum dan Allah mewahyukan Dzulqarnain untuk membuat keputusan sama ada menghukum atau mengajak beriman.

Ayat 87 - Perlembagaan yang adil. Dzulqarnain menilai rakyatnya dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih dengan memberi hukuman dan seksaan kepada orang yang melakukan kezaliman dan memberi balasan yang baik kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Disini kita dapat melihat ada proses tarbiyah pada ganjaran dan hukuman yang dilaksanakan oleh Dzulqarnain.

Ayat 88 - Orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan diberi balasan yang baik. 

Ayat 89 - Menguruskan keputusan

Ayat 90 - Kembara ke Timur. Jumpa dengan 1 kaum yang tiada tempat perteduhan dan perlindungan.

Ayat 91 - Khabar dan Khubr. Allah tahu segala sesuatu.

Ayat 92 - Teruskan perjalanan.

Ayat 93 - Pengembaraan terpenting Dzulqarnain diantara 2 gunung. Terdapat kaum yang sangat mundur, terasing, dan bahasanya hampir tidak dapat difahami.

Ayat 94 - Kaum yang negatif, Kaum 'utara'. Mereka difahamkan kaum yang sangat lemah mendepani musuh (Yakjuj dan Makjuj) dan tidak dapat mempertahankan negeri mereka. Mereka juga suatu kaum yang malas walaupun berharta. Buktinya, mereka ingin memberi imbalan kepada Dzulqarnain bagi membantu mereka sebelum berusaha melawan musuh mereka itu.

Ayat 95 - Integriti Dzulqarnain dan sistem nilai pemimpin. Ibarah dari ayat ini, kita dapati bahawa Dzulqarnain tidak memanipulasikan kelemahan rakyat. Dia fokus kepada perkhidmatannya dan memberitahu bahawa tembok yang akan dibina hanya sementara dan itu adalah janji Allah yang benar.

Ayat 96 - Dzulqarnain dan kejuruteraan binaan. Dia menggunakan kepingan besi dan tembaga cair.

Ayat 97 - Ketidakupayaan Yakjuj dan Makjuj. Mereka tidak dapat memanjat dan menebuk dinding tembok yang dibina Dzulqarnain dan kaum tersebut.

Ayat 98 - Projek mega tembok adalah rahmat Allah. Dzulqarnain tidak ghurur dan memuji Allah semasa berjaya. Ilmu dan kemahiran Dzulqarnain adalah rahmat Allah. Kita dapat lihat disini, Dzulqarnain memberi perkhidmatan dan akhirnya menyelitkan unsur dakwah dengan memuji Allah.

Sadaqallahul'Azim.

Terdapat banyak ibrah yang boleh kita ambil untuk menguruskan kehidupan kita. Antaranya ialah, untuk melebarkan jalur dakwah kita, kita boleh mengembara di muka bumi Allah ini untuk menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan. Selain itu, kita boleh lihat nilai-nilai kepimpinan dalam diri Dzulqarnain yang adil dalam pemerintahannya terhadap semua rakyat-rakyatnya. Kita juga jangan menjadi kaum, individu yang malas dalam kehidupan kerana orang yang malas berusaha pasti akan mundur dan ketinggalan. Dan akhir sekali, apabila kita berjaya ingatlah bahawa kejayaan itu datangnya daripada Allah dan wajiblah kita sebagai hamba-Nya mensyukuri dan memuji Allah Taala...InsyaAllah, sama-sama kita note kat diri masing-masing.

Ok....makin kita tahu, sebenarnya makin banyak ilmu yang kita tak tahu. Kalau kita rasa kita bijak, ada lagi orang yang lebih bijak dan Maha Bijaksana. Jadi, sementara masih hidup kat bumi Allah ni..carilah ilmu yang bermanfaat..ilmu itu kita dapat, kita proses, kita amal dan kita sebar-sebarkan..Moga-moga ianya menjadi saham kebajikan kita di akhirat kelak. Wallahu'Alam.

p/s : Bulan April ada lagi seminar ni surah Luqman pulak..moga dapat pergi..:)

p/s : Apa yang benar itu dari Allah dan apa yang salah dan khilaf adalah kelemahan diri ini.

p/s : Moga aku istiqamah dalam mencari redha-Mu..Aamiin.

p/s : Banyaknye p/s daaaa....

P/s : Bye2. Sayonara.:P 
  

Jan 9, 2012

Jom check up !

 Bismillahirrahmanirrahim


“Ya Allah ampunkanlah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah, ampunkanlah aku, kesalahan yang aku lakukan secara serius maupun saat bergurau dan ampunkanlah juga kesalahanku yang tidak sengaja dan sengaja, ampunkanlah segala kesalahan yang kulakukan”.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum..

Apa khabar iman hari ini?? 

Moga iman kita berada di tahap yang diredhai oleh Allah disamping kita berusaha menjadi lebih baik dan lebih bertaqwa dari hari demi hari..Aamiin..

Setiap hari jangan lupa muhasabah diri sebelum tidur. 


Check yourself !!

Adakah pagi tadi aku bangun dengan ucapkan syukur pada-Nya?

Subuh tadi aku solat awal tak??berjemaah tak setiap waktu aku??

On time tak?? Ha..aku teringat..

Ustaz Abdullah ketua disiplin ckp kat perhimpunan tadi pasal masa tau..

dia cakap cuba bayangkan kalau matahari, bulan keluar tak ikut masa yg Allah dah tetapkan..

hancur bumi ni jadinya..so??

so..kita manusia yg Allah beri akal ni mestilah boleh fikir kan..

Solat kene on time.


Jom check lagi..

Puasa sunat tak or dah ganti puasa ke belum??

kalau belum bile nak buat ! kalau mati sekejap lagi??

Hari ini solat dhuha dan solat2 sunat yg lain buat tak? Yelah..kite ni kan law pakai baju, tudung, nak p jenjalan mesti pakai eksesori kan paling kurang keronsang or bedak..yg lelaki paling kurang pakai tali pinggang or kopiah !

Dah 2 tak pandai2 nak buat solat2 sunat ke...


Hari ini cakap perkara yg elok ke buruk?

Jaga percakapan dan tundukkan pandangan tak?

Kan Rasullullah bersabda :" Malu itu sebahagian dari IMAN."

Hari ini hormat orang tua, kawan2 kita tak?

Doakan tak kesejahteraan untuk ibu ayah kita?

Belajar or bekerja dengan sungguh2 ke tak?

Zikir, ingat kat Allah tak?

Dengar perkara2 yang baik tak?

Sedekah kat orang tak? paling kurang sebiji kurma, takde kurma..air masak pun boleh kan..paling mudah sedekah senyum kat org lain pon boleh. Buat tak??


Too many..muhasabah
 la..Jadikan esok lebih baik dari hari ini.
Kita tak tahu bila ajal kita..kita tak tahu apa akan jadi pada kita.
Bersyukur lah~Beribadah la seolah-olah kamu akan mati sedetik lagi dan bekerjalah seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi.

JOM CHECK UP!!

p/s : Moga aku istiqamah dalam perubahan ini. Aamiin.(^^,)ehehe.










  

Jan 8, 2012

Bonda sakit

Assalamualaikum

Innalillahi wa inna ilaihi raajiu'un..
Semoga bonda Puan Suraya (naqibah class aku) beransur sihat..
Aku baru je lepas melawat beliau kat Hospital Putrajaya.
Terasa sebak melihat keadaan beliau..
Sakit di bahagian hidung dan mukanya.


Tadi sewaktu melawat puan baru lepas cucuk dan perlu makan tengah hari.
Aku tolong puan ambikkan lauk, tuangkan kuah, bukakkan air..
Sebak rase tengok puan dalam keadaan yg daif.
Banyak aku, Fara, Jiha & k.Rai berborak dengan puan.
Tetap ramah dan risau tentang keadaan kami anak2 usrahnya. 
Ya lah..nama pun Bonda kan..ibu, mama, mak, umi bagi kami di ipis 2...


Bonda Pn.Suraya 


Apa pon..aku doakan semoga beliau cepat sembuh... 
dan dapat menjalankan tugas beliau seperti biasa. Aamiin.
Jom baca doa.

Bismillahirrahmaanirrahim.


Aamiin 3x Ya Rabbal A'lamin. 

P/s : Jangan lupa jaga kesihatan ye...:) 


Jan 5, 2012

Alhamdulillah 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 3X 
Syukur yang tidak terhingga pada yang Maha Esa yang meminjamkan aku udara-Nya
untuk aku bernafas hingga saat ini. 
Masih berdiri di bumi milik ciptaan-Nya. 
Masih boleh melihat, mendengar, menghidu, berjalan, 
berlari, bercakap, melakukan apa jua aktiviti.
Jadi, ucaplah Alhamdulillah..ucapkan terima kasih kepada Rabb kita yang Maha Pemurah.


Berlalu 1432 hijrah, berlalu tahun 2011.
Banyak suka duka yang dilalui. Banyak pengalaman yang ditimba.
Banyak kejadian yang tidak diduga. Banyak air mata yang tumpah. 
Semuanya dengan izin-Nya...
Membuat aku lebih matang dalam hidup ini. 
Terima kasih Ya Allah mencorakkan kehidupanku di dunia yang sementara ini..
Semoga tahun 2012 yang baru menjelma ini lebih baik dari tahun yang lalu..Aamiin..
Semoga bertambah iman, bercambah taqwa.
:)

~~~~~~~~~~~~~

tetttttt....
hehe..bermadah pujangga aku..but, truly..aku da masuk ijazah sarjana muda lah..
Wow! 
tak caye den..hehe.
Alhamdulillah sangat2. Berkat dorongan mamaku, abahku, family ku, fahmie ku, kawan2 ku..
love u all so much !
so Fazliana.....you need to prepared to be USTAZAH ok??
no more huha huha yg over2 oke?? 
da 19...matang sikit..ehehe.=)

What to do?
  • Betulkan niat belajar kerana Allah, berusaha menjadi seorang guru yang 5M (Mu'allim, Mudarris, Muaddib, Mursyid & Murabbi) untuk mendidik anak bangsa menjadi muslim yang beriman dan bertaqwa.[InsyaAllah]
  •  Banyakkan membaca. [Iqra']
  • Lakukan tugasan yang diberi dengan bersungguh-sungguh.
  •  Sentiasa tingkatkan amalan supaya menjadi hamba-Nya, umat nabi, anak & pelajar yang solehah n mukminah.
  • Sentiasa usaha, doa dan bertawakal n berserah hanya pada Allah.
  • Hormat ibu bapa, keluarga, guru & rakan2. Sentiasa doakan mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oke..cukup dulu sampai sini..last nak tulis dan sentiasa ucap di bibir..
ALHAMDULILLAH YA ALLAH...=D