Dec 20, 2011

put our trust to ALLAH

 Assalamualaikum

never give up faz!
u can do it..


 AMIN..;)

Chaiyok2..Laa..Tahzan..:) 


Dec 17, 2011

Pulut Durian

Assalamualaikum..
nyum..:)

Rase2 kan, I cook ke orang lain yg cook??
muahahaha. 

Baru tadi my mama buat..so delicious!
Saya sangat suka buah durian. Tak kire lah makan begitu sahaja atau tempoyak atau pulut durian. Yang penting DURIAN!!
ehehehe 
=)

selamat menjamu mata..
aku jer yg menjamu selera...
uhuks!


Love u mama!

p/s : nak makan buat lah sendiri..:P 



Dec 16, 2011

Syair yang buat Imam Ahmad menangis

Sumber : Utube

Memang sedih. Jom Muhasabah diri.
 Hayati~

اذا ما قال لي ربي اما استحييت تعصيني
Jika tuhanku bertanya kepadaku..tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?

وتخفي الذنب عن خلقي وبالعصيان تأتيني
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku dan dating kepada-Ku dengan penuh dosa.

فکيف أجيب يا ويحي ومن ذا سوف يحميني
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang..dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

أسلي النفسي بالامال من حين الى حين
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa.

وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تکفيني
Dan aku melupakan apa yg bakal dihadapi selepas mati dan apa yg akan berlaku selepas aku dikafankan.

 کاني قد ضمنت العيش ليس الموت يأتيني
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..seakan mati tidak akan menemui ku.

وجاءت سکرة الموت الشديدة من سيحميني
Dan telah dating kepadaku sakaratul maut yg ngeri..Nah!! siapa sekarang yang mampu melindungiku?

نظرت الى الوجوهاليس منهم من سيفديني
Aku melihat pada wajah-wajah…apakah ada daripada mereka yg akan menebus ku?

سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني
Akan ku disoal apa yg telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?

فکيف ايجابني من بعد ما فرطت في ديني
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

ويا ويحي ألم اسمع کلام الله يدعوني
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yg menyeru ku?

ألم أسمع لما قد جاء في ق ويس
Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yasiin?

ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والدين
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari Ad-deen(qiyamah)?

ألم أسمع منادي الموت يدعوني يناديني
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku?

فيا رباه عبد تائب من ذا سيوءويه
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat. Siapa yang dapat melindunginya?

سوى رب غفور واسع للحق يهديني
Melainkan Tuhan yang Maha luas pengampunan-Nya dan membimbingku pada kebenaran.

أتيت اليک فارحمني وثقل في موازيني
Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan(kebaikan) ku.

وخفف في جزائي أنت أرجى من يجازيني
Dan ringankan(percepatkan)hisabku kerana Engkaulah yg terbaik dalam penghisaban.

p/s : selalulah ingat mati.;) 

Dec 9, 2011

Fikir masak2 ok !


Tenang....

Sabar....

Fikir.....

Doa..... 



Andai dia milik ku...satukan lah hati kami, tetapkan hati ku Ya, Allah...
Jika tidak..Kau berilah jalan keluar yang terbaik untukku..
Biar cintaku hilang untuk manusia, jangan hilang untuk-Mu..
Aminn..
:'( 

Konvo along & cuti2 Dec 2011~

Assalamualaikum..^^

Alhamdulillah...selamat pergi dan selamat balik jugak aku dan family menghadiri konvo along kat Ulu Kinta, Perak..Tahniah along !!
 =)





okey.......pastu..kitorang pusing bandar Ipoh..takdak pa yg best sangat kat Ipoh..hehe. sorry nah orang Ipoh..Then, ziarah rumah sedara kat Bagan Serai, n trus ke Penang..hehe.Pergi Bukit Bendera. Mang pengalaman yang menyeronokkan..naik ke atas 2 naik tren..best2..ade lah aku beli souvenir sket un wat kenangan..



Pastu kitorang g Batu Feringhi plak...mang best tapi xmandi pon..Aiman jer mandi.
& last destination kitorang sebelum balik ke Gombak, kitorang singgah kat Taiping sebab abah dah xlarat bawak kereta n malam tu aku ajak abah ke Zoo Taiping Night Safari..Pon pengalaman yang best..tak nampak sangat pon binatang2 tu..law rezeki die tengah keluar time 2 dapat lah tengok..nak rasa pengalaman tu??Pegi lah..ehehe.:)





So, percutian kali ni mang paling lama..ehehe..5 hari 4 malam, 3 bijik  hotel..
sangat enjoy ! thanks mama, abah, along, adik..I LOVE YOU ALL SO MUCHO..
:)

p/s : tahun depan jom ke selatan pulak..(I.Allah law panjang umo)
^^ 

Nov 30, 2011

comelnye dia tidur !

Assalamualaikum..
(=.=)

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai kerepot dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...


p/s : for my lovely mama,abah,eman n along..love u much!
comel arhh korang tido..muahaha !

Nov 23, 2011

Time 2 play2..:)

Assalamualaikum..

Ha..ni nak cerita. Semalam aku keluar with Fara dan aku pun bawak lah adik aku, Aiman sekali. Disebabkan rengekannya boring..boring..boring..duk kat umah so dengan baiknya hati aku, aku pon bawak lah si kecik tue..ehehe.


Tempatnya di Times Square..Sebenarnya aku pun terasa lah jugak boringnya bila cuti semester bermula sebab mungkin aku dah selalu balik rumah so bila duduk rumah lame2 jadi tak tahu nak buat apa..naseb lah rumah dekat kan xde lah aku rasa macam member2 yang duk jauh2 merindui family masing-masing kan..haha.bebel pulak..


Keyh lah..satu pengalaman yang sangat berharga bagi aku bila berjaya naik yang kapak pusing2 2..giler kentang kot. macam nak terburai perut aku naik bende alah tu..takot giler. yang keluar dari mulut aku & Fara hanya perkataan AllahuAkbar!!...haha. Aiman takley naik sebab tak cukup ketinggian..hehe. Dak 2 kan memang penakot..Ade satu permainan 2 kitorang naik die nangis..haha.Adik2..badan aje besar..huhu.


jom layan gambo~


best jugak cam nek kude~


rehat coz pening


haha


aku dan aiman


jom makan jagung


aiman nek lebah




yang pusing2 ni aku tak berani lagi..haha


bende ni lah wat aiman nanges..haha



ok lah..sampai sini dulu..ceria2 salu..dun noty2.
Salam~:)


Nov 22, 2011

mee kari yg nyum2 + cempedak goreng^^

Assalamualaikum..


Nyum2..terliur tak bace tajuk entry neyh??..ehehe..
Today, aku belajar from my mama buat benda alah ni sebab aku teringin nak makan..sedap woo..2 kali aku round mee kari tuh..
rupe2nyer kan senang jer masak ni.

_____________________________________________________


Mama  > Pergilah potong bawang,halia,fishcake n sayur tu..nak makan kan??

Aku  > Oke2.angah g potong..(semangat masuk dapur)

Mama  > Hah! tengok ni..nanti nak makan buat sendiri.

Aku  > Erk...ehehe. (banyak giler aku tanya mama, itu ini itu ini)

Last2..

Mama  > Eishh..tensen betol banyak2 tanya ni.Bende remeh pon nak tanya!

Aku  > Haha..mestilah kene tanya ma,nanti tak paham! Mama jangan ler mare2 t kang ade darah tinggi karang..susah! Haha.

Mama  > Banyak lah ko..hahaha(mama gelak)


___________________________________________________


Ini lah faktor2 nya anak2 dara macam aku nih tak reti masak. salah satu sebabnya mak sendiri condem anak dia nak masak..adoyaiii..naseb lah badan..
Lepas tuh, siap lah mee kari aku tuh. Then, mama goreng cempedak..makan panas2. HUh!! Sodap sungguh tak terkire menjilat semua jari.(jari kaki tak ea..) ehehe...

So, that it is...tadaaaa~

Sory..da suku aku ngap baru nak snap pic!



mesti korunk da lame x ngap cempedak goreng kan3!

Orite readers...
Law rase terliur tuh..p suh mum korang masakkan & lau yg terlebih rajen macam aku..cook lah sendiri..senang jerk..ehehe.
Selamat Menjamu selera semua~^^,



Nov 21, 2011

muhasabah diri


~muhasabah~
^^,

wanita istimewa..mampukah?

Mampukah Aku Menjadi Seperti Siti Khadijah?
 Agung Cintanya Pada Allah Dan Rasulullah, Hartanya Diperjuangkan Ke Jalan Fisabilillah, Penawar Hati Kekasih Allah, Susah Dan Senang Rela Bersama.

 Dapatkah Kudidik Jiwa Seperti Siti Aishah
Isteri Rasulullah Yang Bijak, Pendorong Di Kala Kesusahan Dan Penderitaan, Tiada Sukar Untuk Dilaksanakan. 

Mengalir Air Mataku, Melihat Pengorbanan Puteri Solehah Siti Fatimah, Akur Dalam Setiap Perintah, Taat Pada Abuyanya Yang Sentiasa Berjuang, Tiada Memiliki Harta Dunia, Layaklah Ia Sebagai Wanita Penghulu Syurga.

Ketika Aku Marah, Inginku Intip Serpihan Sabar, Daripada Catatan Hidup Siti Sarah

Tabahkah Jiwaku, Setabah Umi Nabi Ismail, Mengendong Bayinya Yang Masih Merah, Mencari Air Penghilang Dahaga, Di Terik Padang Pasir Merak, Ditinggalkan Suami Akur Tanpa Bantah, Pengharapannya Hanya Pada Allah, Itulah Wanita Siti Hajar

DapatkahAku Mengikut Jejak Siti Rahmah, Permaisuri Nabi Ayyub, Pasrah Dengan Dugaan Tuhannya, Walau Pernah Tersungkur Ke Dalam Jerat Syaitan, Namun Ia Kembali, Kerana Iman Yang Kuat, Telah Dijanjikan Syurga Adalah Balasannya, Bahagia Adalah Miliknya. 

Mampukah aku menjadi setaat Siti Mutiah? Menyediakan tongkat, air dan berhias diri, Demi untuk suaminya yang ditaati, menunggu suaminya pulang dari berjihad, tanpa sekelumit rasa bosan, berhaklah ia menarik tunggangan, Siti Fatimah ke dalam syurga. 

Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah? Mati Dalam Keunggulan Iman, Bersinar Indah, Harum Tersebar, Bagai Wanginya Pusara Masyitah.

Kejayaan yang diredhai-Nya

Assalamualaikum..

Entri ni nampak macam serius aje kan tajuknya..ehehe.tak ade lah..sebonar-bonarnye..aku baru jer lepas tengok bola..sukan sea akhir pertembungan antara Malaysia VS Indonesia..memang sangat sengit dan mendebarkan..puas la jugak aku sorak2..Akhirnya, Alhamdulillah. Kemenangan berada di pihak Malaysia..'Skuad Harimau Muda' go go go..5-4.


GOLLLLLL..!!!!
Jeritan abah, aiman dan aku yang setia menonton bola min awwal ilaa akhir..ehehe.
Bola sebenarnya memang sangat menyeronokkan. Bagi aku, permainan bola ni simboliknya macam matlamat kita. Aku nak tanya la..apa matlamat kita sebagai seorang hamba Allah..senang je tuh..law ikut skema jawapan SPM..mestilah hidup ni matlamatnya menghambakan diri, beribadah kepada Allah..look..it's easy to say right?? but pernah tak kita terfikir...jom fikir..ehehe. pernah x kita berusaha macam pemain2 bola yang lincah, tangkas dan aktif tu main...gelecek, tendang bola walaupun pelbagai halangan menimpa..hanya untuk sampaikan matlamat diorang untuk jaringkan gol??pernah tak?tanya sama diri...


Dah fikir?..macam tuh jugak kita sebagai hamba Allah..so, the point is..marilah kita sama2 berusaha, gol kan matlamat kita untuk mencapai keredhaan Allah. Hayya2..
Moga2 kita sentiasa bertambah iman dan berjaya dalam apa jua perkara yang kita buat..aminn.

InsyaAllah..


p/s: sukan lah dengan menutup aurat..Astagfirullah..bagi yang lelaki, men bola tuh pakai suar biar ler labuh sampai bawah lutut ye..peace yo..^^,

tired but nice..:)

Assalamualaikum..

Soooooo tired today..ehehe..hari ni satu hari aku menggodek2 bilik aku untuk dicantikkan. Tukar katil ngan bilik Aiman biar jadi bilik aku dan along dapat katil single. muahaha.sonok aku rase tengok bilik yang kemas,cantik dan bersih. Aku bersihkan lepas Along g kerja.ha...senang sikit nak tonggang terbalik pun aku n die punyer barang kan..


So, erm..mama bantu aku. Lepas alihkan katil queen tu ke bilik Aiman, aku dan mama pun mula lah mendecorationkan bilik anak dara dua orang ni..hehe. Lepas kitorang rase dapat posisi yang cantik dan selesa mama pun suruh aku pasang langsir~

ni katil aku..bunga2..aww..^^


Dah dekat sebulan pindah Along tak pasang pun langsir(aku kan kat bangi lagi time tuh)..memang pemalas la..opss..my mum yang cakap.ehehe. Aku pun pasang..wahh..memey cantik dah bilik anak dara mama..sonok aku. Then, aku lekatkan sticker yang aku beli kat kedai MR.DIY dengan mama tengah hari tadi..

comel..aku suke


so,bilik aku dah kemas..bilik korang bile pulak?? 

Tired but nice..::))
k bye.^^,

Nov 19, 2011

raya & exam

Assalamulaikum..


Hi there.Alhamdulillah dapat juga kita menyambut hari raya aidiladha tahun ini. Tahun ni my parent wat ibadah kurban.Alhamdulillah..ade lah rezeki Allah beri kan..:)



Kitorang tak balik beraya di kampung tapi sume sibling mama bekumpul kat rumah kitorang yang BARU.huhu.da dekat seminggu la jugak kitorang berpindah..jauh kentut jer pun dari rumah lama.hehe.


Anyway, sangat happy sebab berkumpul ramai-ramai and malam tu wat BBQ daging kambing,udang,ketam,ikan. Memang sedap makan ramai-ramai and terjalin ukhuwah..:) Hope my family always be bless by Allah..Amin. So, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SEMUA JUGA.

cute je aku tengok lembu ni..hehe


Then, aku baru balik hostel ni.da lama tak bukak blog sebab lappy rosak lagi and sekarang sudah dibaiki oleh my classmate, Mohd Shahril..trimas3 banyak2.huhu.nampaknya aku kene belanja dia nanti..ok.Now, nak cerita pasal Exam..pejam celik pejam celik dah sampai exam week..huhu.buku tak baca pun lagi..OMG..Fazliana, nak jadi apa ni..??hehe..dush2.dah2 berbloging n berfesbuking lagi dah tau nak exam.haha.ok..nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PEPERIKSAAN..:)


Ibadah lah kan, betulkan niat belajar bukan kerana periksa..okey Fazliana.Chaiyok2,Bbasyaa, Gudluck dan selamat berjaya.Aminn.:)
(^^,)





usrah k.baz dan k.shikah^^

Assalmualaikum...:)

Kasih sayang sesama insan
oh indahnya jika kita dapat bersama hidup di dunia ini
lagi indahnya jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira di akhirat sana
kita jalinkan ukhuwah kerana ALLAH

 Jumaat 19/8/2011
~kenangan di restauran medan selera ikan bakaq~

jom layan gambo

solehah sumenye kan3..:)


ikan pari bako..nyumm


aisyah


tuu lah kakak usrah ak..comel


HAHA..:P


sotong goreng tepung


tomyam campuq


Indahnya ukhuwah andai ianya kerana ALLAH
BernilaInya persahabatan jika sampai ke SYURGA
Sayang semua kerana ALLAH...:)

Pesanan untuk hati!

Assalamualaikum..:)

Alhamdulillah3x..dapat hidup ag..dapat tgk dunia ag..dapat byk nikmat ag dr Allah yg Maha Pemurah. Cube kita bayangkan Allah tarik 1 jer nikmat yg Dia beri pada kita fikir ape jadi kat diri kita??So,baiki diri untuk jadi manusia yang bersyukur macam Kekasih Allah..Rasullullah..walau da tau baginda seorang yang maksum,xwat dosa tp baginda tetap tunaikan solat sampai bengkak2 kaki tanda syukurnya dia kepada Rabbnya..InsyaAllah..sama2 kita tanamkan azam dalam diri masing2 untuk menjadi insan yg bersyukur..


Ni pesan ustaz and ustazah yg sentiasa tak putus2 mengingatkan kita...:-

1) Banyakkan Istighfar mohon keampunan dari Allah.
2) Banyakkan baca Al-Quran.
3) Solat fardhu di awal waktu and BERJEMAAH
4) Banyakkan sedekah walaupun sebiji tamar.
5) Hidupkan malam mu dengan Qiamullail.



InsyaAllah..usaha,mujahadah doa n tawakal..:)
Assalamualaikum...senyum sokmo..:))