Nov 30, 2011

comelnye dia tidur !

Assalamualaikum..
(=.=)

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai kerepot dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...


p/s : for my lovely mama,abah,eman n along..love u much!
comel arhh korang tido..muahaha !

Nov 23, 2011

Time 2 play2..:)

Assalamualaikum..

Ha..ni nak cerita. Semalam aku keluar with Fara dan aku pun bawak lah adik aku, Aiman sekali. Disebabkan rengekannya boring..boring..boring..duk kat umah so dengan baiknya hati aku, aku pon bawak lah si kecik tue..ehehe.


Tempatnya di Times Square..Sebenarnya aku pun terasa lah jugak boringnya bila cuti semester bermula sebab mungkin aku dah selalu balik rumah so bila duduk rumah lame2 jadi tak tahu nak buat apa..naseb lah rumah dekat kan xde lah aku rasa macam member2 yang duk jauh2 merindui family masing-masing kan..haha.bebel pulak..


Keyh lah..satu pengalaman yang sangat berharga bagi aku bila berjaya naik yang kapak pusing2 2..giler kentang kot. macam nak terburai perut aku naik bende alah tu..takot giler. yang keluar dari mulut aku & Fara hanya perkataan AllahuAkbar!!...haha. Aiman takley naik sebab tak cukup ketinggian..hehe. Dak 2 kan memang penakot..Ade satu permainan 2 kitorang naik die nangis..haha.Adik2..badan aje besar..huhu.


jom layan gambo~


best jugak cam nek kude~


rehat coz pening


haha


aku dan aiman


jom makan jagung


aiman nek lebah




yang pusing2 ni aku tak berani lagi..haha


bende ni lah wat aiman nanges..haha



ok lah..sampai sini dulu..ceria2 salu..dun noty2.
Salam~:)


Nov 22, 2011

mee kari yg nyum2 + cempedak goreng^^

Assalamualaikum..


Nyum2..terliur tak bace tajuk entry neyh??..ehehe..
Today, aku belajar from my mama buat benda alah ni sebab aku teringin nak makan..sedap woo..2 kali aku round mee kari tuh..
rupe2nyer kan senang jer masak ni.

_____________________________________________________


Mama  > Pergilah potong bawang,halia,fishcake n sayur tu..nak makan kan??

Aku  > Oke2.angah g potong..(semangat masuk dapur)

Mama  > Hah! tengok ni..nanti nak makan buat sendiri.

Aku  > Erk...ehehe. (banyak giler aku tanya mama, itu ini itu ini)

Last2..

Mama  > Eishh..tensen betol banyak2 tanya ni.Bende remeh pon nak tanya!

Aku  > Haha..mestilah kene tanya ma,nanti tak paham! Mama jangan ler mare2 t kang ade darah tinggi karang..susah! Haha.

Mama  > Banyak lah ko..hahaha(mama gelak)


___________________________________________________


Ini lah faktor2 nya anak2 dara macam aku nih tak reti masak. salah satu sebabnya mak sendiri condem anak dia nak masak..adoyaiii..naseb lah badan..
Lepas tuh, siap lah mee kari aku tuh. Then, mama goreng cempedak..makan panas2. HUh!! Sodap sungguh tak terkire menjilat semua jari.(jari kaki tak ea..) ehehe...

So, that it is...tadaaaa~

Sory..da suku aku ngap baru nak snap pic!



mesti korunk da lame x ngap cempedak goreng kan3!

Orite readers...
Law rase terliur tuh..p suh mum korang masakkan & lau yg terlebih rajen macam aku..cook lah sendiri..senang jerk..ehehe.
Selamat Menjamu selera semua~^^,



Nov 21, 2011

muhasabah diri


~muhasabah~
^^,

wanita istimewa..mampukah?

Mampukah Aku Menjadi Seperti Siti Khadijah?
 Agung Cintanya Pada Allah Dan Rasulullah, Hartanya Diperjuangkan Ke Jalan Fisabilillah, Penawar Hati Kekasih Allah, Susah Dan Senang Rela Bersama.

 Dapatkah Kudidik Jiwa Seperti Siti Aishah
Isteri Rasulullah Yang Bijak, Pendorong Di Kala Kesusahan Dan Penderitaan, Tiada Sukar Untuk Dilaksanakan. 

Mengalir Air Mataku, Melihat Pengorbanan Puteri Solehah Siti Fatimah, Akur Dalam Setiap Perintah, Taat Pada Abuyanya Yang Sentiasa Berjuang, Tiada Memiliki Harta Dunia, Layaklah Ia Sebagai Wanita Penghulu Syurga.

Ketika Aku Marah, Inginku Intip Serpihan Sabar, Daripada Catatan Hidup Siti Sarah

Tabahkah Jiwaku, Setabah Umi Nabi Ismail, Mengendong Bayinya Yang Masih Merah, Mencari Air Penghilang Dahaga, Di Terik Padang Pasir Merak, Ditinggalkan Suami Akur Tanpa Bantah, Pengharapannya Hanya Pada Allah, Itulah Wanita Siti Hajar

DapatkahAku Mengikut Jejak Siti Rahmah, Permaisuri Nabi Ayyub, Pasrah Dengan Dugaan Tuhannya, Walau Pernah Tersungkur Ke Dalam Jerat Syaitan, Namun Ia Kembali, Kerana Iman Yang Kuat, Telah Dijanjikan Syurga Adalah Balasannya, Bahagia Adalah Miliknya. 

Mampukah aku menjadi setaat Siti Mutiah? Menyediakan tongkat, air dan berhias diri, Demi untuk suaminya yang ditaati, menunggu suaminya pulang dari berjihad, tanpa sekelumit rasa bosan, berhaklah ia menarik tunggangan, Siti Fatimah ke dalam syurga. 

Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah? Mati Dalam Keunggulan Iman, Bersinar Indah, Harum Tersebar, Bagai Wanginya Pusara Masyitah.

Kejayaan yang diredhai-Nya

Assalamualaikum..

Entri ni nampak macam serius aje kan tajuknya..ehehe.tak ade lah..sebonar-bonarnye..aku baru jer lepas tengok bola..sukan sea akhir pertembungan antara Malaysia VS Indonesia..memang sangat sengit dan mendebarkan..puas la jugak aku sorak2..Akhirnya, Alhamdulillah. Kemenangan berada di pihak Malaysia..'Skuad Harimau Muda' go go go..5-4.


GOLLLLLL..!!!!
Jeritan abah, aiman dan aku yang setia menonton bola min awwal ilaa akhir..ehehe.
Bola sebenarnya memang sangat menyeronokkan. Bagi aku, permainan bola ni simboliknya macam matlamat kita. Aku nak tanya la..apa matlamat kita sebagai seorang hamba Allah..senang je tuh..law ikut skema jawapan SPM..mestilah hidup ni matlamatnya menghambakan diri, beribadah kepada Allah..look..it's easy to say right?? but pernah tak kita terfikir...jom fikir..ehehe. pernah x kita berusaha macam pemain2 bola yang lincah, tangkas dan aktif tu main...gelecek, tendang bola walaupun pelbagai halangan menimpa..hanya untuk sampaikan matlamat diorang untuk jaringkan gol??pernah tak?tanya sama diri...


Dah fikir?..macam tuh jugak kita sebagai hamba Allah..so, the point is..marilah kita sama2 berusaha, gol kan matlamat kita untuk mencapai keredhaan Allah. Hayya2..
Moga2 kita sentiasa bertambah iman dan berjaya dalam apa jua perkara yang kita buat..aminn.

InsyaAllah..


p/s: sukan lah dengan menutup aurat..Astagfirullah..bagi yang lelaki, men bola tuh pakai suar biar ler labuh sampai bawah lutut ye..peace yo..^^,

tired but nice..:)

Assalamualaikum..

Soooooo tired today..ehehe..hari ni satu hari aku menggodek2 bilik aku untuk dicantikkan. Tukar katil ngan bilik Aiman biar jadi bilik aku dan along dapat katil single. muahaha.sonok aku rase tengok bilik yang kemas,cantik dan bersih. Aku bersihkan lepas Along g kerja.ha...senang sikit nak tonggang terbalik pun aku n die punyer barang kan..


So, erm..mama bantu aku. Lepas alihkan katil queen tu ke bilik Aiman, aku dan mama pun mula lah mendecorationkan bilik anak dara dua orang ni..hehe. Lepas kitorang rase dapat posisi yang cantik dan selesa mama pun suruh aku pasang langsir~

ni katil aku..bunga2..aww..^^


Dah dekat sebulan pindah Along tak pasang pun langsir(aku kan kat bangi lagi time tuh)..memang pemalas la..opss..my mum yang cakap.ehehe. Aku pun pasang..wahh..memey cantik dah bilik anak dara mama..sonok aku. Then, aku lekatkan sticker yang aku beli kat kedai MR.DIY dengan mama tengah hari tadi..

comel..aku suke


so,bilik aku dah kemas..bilik korang bile pulak?? 

Tired but nice..::))
k bye.^^,

Nov 19, 2011

raya & exam

Assalamulaikum..


Hi there.Alhamdulillah dapat juga kita menyambut hari raya aidiladha tahun ini. Tahun ni my parent wat ibadah kurban.Alhamdulillah..ade lah rezeki Allah beri kan..:)



Kitorang tak balik beraya di kampung tapi sume sibling mama bekumpul kat rumah kitorang yang BARU.huhu.da dekat seminggu la jugak kitorang berpindah..jauh kentut jer pun dari rumah lama.hehe.


Anyway, sangat happy sebab berkumpul ramai-ramai and malam tu wat BBQ daging kambing,udang,ketam,ikan. Memang sedap makan ramai-ramai and terjalin ukhuwah..:) Hope my family always be bless by Allah..Amin. So, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SEMUA JUGA.

cute je aku tengok lembu ni..hehe


Then, aku baru balik hostel ni.da lama tak bukak blog sebab lappy rosak lagi and sekarang sudah dibaiki oleh my classmate, Mohd Shahril..trimas3 banyak2.huhu.nampaknya aku kene belanja dia nanti..ok.Now, nak cerita pasal Exam..pejam celik pejam celik dah sampai exam week..huhu.buku tak baca pun lagi..OMG..Fazliana, nak jadi apa ni..??hehe..dush2.dah2 berbloging n berfesbuking lagi dah tau nak exam.haha.ok..nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PEPERIKSAAN..:)


Ibadah lah kan, betulkan niat belajar bukan kerana periksa..okey Fazliana.Chaiyok2,Bbasyaa, Gudluck dan selamat berjaya.Aminn.:)
(^^,)





usrah k.baz dan k.shikah^^

Assalmualaikum...:)

Kasih sayang sesama insan
oh indahnya jika kita dapat bersama hidup di dunia ini
lagi indahnya jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira di akhirat sana
kita jalinkan ukhuwah kerana ALLAH

 Jumaat 19/8/2011
~kenangan di restauran medan selera ikan bakaq~

jom layan gambo

solehah sumenye kan3..:)


ikan pari bako..nyumm


aisyah


tuu lah kakak usrah ak..comel


HAHA..:P


sotong goreng tepung


tomyam campuq


Indahnya ukhuwah andai ianya kerana ALLAH
BernilaInya persahabatan jika sampai ke SYURGA
Sayang semua kerana ALLAH...:)

Pesanan untuk hati!

Assalamualaikum..:)

Alhamdulillah3x..dapat hidup ag..dapat tgk dunia ag..dapat byk nikmat ag dr Allah yg Maha Pemurah. Cube kita bayangkan Allah tarik 1 jer nikmat yg Dia beri pada kita fikir ape jadi kat diri kita??So,baiki diri untuk jadi manusia yang bersyukur macam Kekasih Allah..Rasullullah..walau da tau baginda seorang yang maksum,xwat dosa tp baginda tetap tunaikan solat sampai bengkak2 kaki tanda syukurnya dia kepada Rabbnya..InsyaAllah..sama2 kita tanamkan azam dalam diri masing2 untuk menjadi insan yg bersyukur..


Ni pesan ustaz and ustazah yg sentiasa tak putus2 mengingatkan kita...:-

1) Banyakkan Istighfar mohon keampunan dari Allah.
2) Banyakkan baca Al-Quran.
3) Solat fardhu di awal waktu and BERJEMAAH
4) Banyakkan sedekah walaupun sebiji tamar.
5) Hidupkan malam mu dengan Qiamullail.



InsyaAllah..usaha,mujahadah doa n tawakal..:)
Assalamualaikum...senyum sokmo..:))

one day..i'll be there

Assalamualaikum..
Alhamdulillah....syukur pada Allah dapat hidup sampai hari nie..huhu. Life?insyaAllah ok..Study? not bad.
Alhamdulillah sangat akhirnya rezeki mama and abah tersayang ade jugak tok sampai ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah.Ya Allah,syukur sangat..Semoga mama and abah panjang umur dan murah rezeki  dan bahagia...waa...seronoknyer lah dapat jejak kaki kat sane..semoga satu hari nanti aku pun dapat pergi sana.Aaminn..

Mekah Mukarramah


Aku pulak kene terus berjuang untuk belajar kat sini (IPG KPI)..huhu...lame ag..4 tahun ag..i.Allah law panjang umur..FIGHTING FAZLIANA!!
student

Aku jugak telah diberi tugas yang sangat berat!! dush dush dush...sakit kepala otak aku..(xde la sampai biol)..hehe. Aku rase cam tak mampu nak galas amanah yang diberi (naqibah utk adek2 sem 1 2011 nie)..Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini ya Allah...semoga kuat hadapi ujian hidup ni..tapi kan..huhu.naseb laaa aku dapat partner naqibah Kierah..my lovely roomate..hehe.ley laa dye ketuk aku law aku malas2..huhu.apepon..Innamal a'malubinniyah..need to be positive, betulkan niat..semoga dengan amanah ni dapat perbaiki diri aku sendiri..dapat tambahkan ilmu aku..dapat tingkatkan keyakinan diri, pupuk sifat dan jiwa seorang pendidik dan yang paling penting dapat mencapai keredhaan dan rahmat Allah Taala...aaminn..::)

usrahku~


Teringat pulak program BISIS aritu...pasal CINTA...mestilah cinta kepada Tuhan kan...xkan kepada pakwe plak...jadi,pengajaran yang boleh aku simpulkan daripada ceramah Puan Mahawa tadi tuu..KEBERGANTUNGAN kita pada Allah sangat penting...bila kita lakukan apa sahaja dan kemudian kita serahkan kepada Allah serta terus berdoa kepada-Nya..i.Allah hidup kiter akan sentiasa tenang dan bahagia..ujian or masalah yang datang, kita xkan rase susah sebab kita ada ALLAH...::)
jage hubungan kita dengan Allah dan jaga juga hubungan kita dengan manusia..semoga aku jugak menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik yang penuh rasa CINTA dan KASIH SAYANG kepada semua orang..aaminn..
Sekian~



Kuala Gandah n DeerLand,Lanchang..

Olla...:)
Assalamualaikum!
Syok jenjalan ni..aku suka..hehe.Boley lah mententeramkan jiwa,mendamaikan hati n merilekskan minda.
Ada pulak yang tolong bawak kan..memey best lah kan..ape2pon..memang menarik tempat ni.Dapat tengok binatang! HAHA..budak bandar lah katakan..muahaha.:D


(isyraf~aiman~amin~den)


bez3 sebab dapat tengok ciptaan Allah..Subhanallah!tgk gajah2 yang besar n sempat gak bagi gajah2 tu makan kacang.ade yang name Selendang,Siput and ape ntah ag..aku da tak ingat..aku dapat la info2 sket pasal gajah2 kat Malaysia ni..kat Pusat Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni ditempatkan gajah2 yang ditangkap di hutan2 simpan yang de di Malaysia nie or yang diimport dari mane2 negara, then pelatih2 gajah2 ni melatih gajah2 ni untuk dijinakkan.And kat pusat ni jugak, ley lakukan xtvt yang disediakan contoh cam bagi makan,pastu de tayangan video,aksi2 gajah ni and yang paling bezz ley nek gajah bersiar2 menyelusuri sungai and then t dye jatuhkan kiter dalam air sungai tu cam banana boat yang kiter nek 2..hehe tp ni versi gajah laa..best kan??so law nak nek gajah kene la bawak baju spare sbb t basah..untuk maklumat lanjut ley lahh cari kat Google.hehe.


dak2 ni lagi



ha...ni ape ntah namanya..


DeerLand plak cam mini zoo jer.tapi pengalaman yang tak dapat dilupekan..hehe.1st time pegang ular sawa.eiii..mmg geli..dye lilit kat tgn..but seronok. Pastu dapat bg rusa mkn..n dpt tgk ciptaan Allah yang macam2 jenis.yang tak pernah ditengok pun ade..yang spoil xdapat nk begambar ngn bear.sbb dye da penat..huhu.xpe lah next time ok..:)


alahai..burung unta 2 pun peace yo..haha



muke excited giler ar aku..



mak le cool jerk



geli kot


Moral of da story...banyak yang aku belajar dari hidup ni..bila kite tengok ciptaan Allah,Subhanallah! rasa kecil jer diri ni.sbb tulah Allah suruh hamba2-Nya lihat alam ni,tengok ciptaan2-Nya supaya dapat muhasabah diri,dapat tingkatkan iman n yang paling penting...dapat MENGENAL PENCIPTA..iaituALLAH.oke lah..that 4 today.akhir kalam = save the elephants n love all animals in da world!hehehe.tata.Assalamualaikum.:):)


Musibah tanda Allah sayang

Bersabar atas kejadian yang menimpa itu indah
Sabar bermanfaat bagi kaum yang ditimpa kepedihan
Sabar sebagai sandaran ketika ditimpa musibah
Bila kamu ditimpa kesusahan sepanjang waktu


Manusia yang sabar akan dipenuhi keperluannya
Dia menuju pintu kebahagian
Kebaikan ada dalam kesabaran
Kesabaran pasti membuahkan hasil pahala 

and kene lah kiter bebanyak berdoa...:):)


sebarisnama:)

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
1st,syukur sgt2 smpai ari ni masih b'nyawa mghirup udara free of charge yg dberi oleh Allah..nama dberi  oleh parent t'syg, Nor Fazliana Azwa bt m.yusof..lahir pada 2 dec 1992..nme manje,NANA..membe2 pggil FAZ or YANA



Objektif aku wat blog ni..saje2 jer..huhu.so bored ble cuti sem bermula..tader byk xtvt kat umah.wat da same xtvt..so wujudkn benda alah nie untuk merepek,merapu,meluahkan feeling ke,muhasabah diri,bg information ker..gtulah..:):)


Then, skunk menetap kat Gombak..I have 1 epy family n love them much..MAMA-->Foziah Binti Aiyub, ABAH-->M.Yusof bin Awang, ALONG-->Nor Famieza Najwa, ADIK-->Muhammad Aiman Fitri. 



So,aku anak tengah..sifat dlm diri ni..sowg yg agak manja n sensitif..yg bek2 2..xtaw la tp asenyer byk yg bwuk jer..hehe..lagi,nk cer ape ea..latar belakang akademik,upsr 4A..pmr 3A..spm 7A n now,yana study kat IPG KPI Bangi in course PA/BI/BA..InsyaAllah,4 thun lbey ag..i'll be a ustazah,cekgu or teacher..huhu.Semoga dipermudahkan.Aminn.:):)


Seterusnyer..aku ade sowg bezfren namanyer Nur Shaza Shafira binti mohd Saidi..kwn ngn dyer start f.3 until now..dye blajar kat UNISZA. Walaupon da jarang2 jumpe tp kitowg still bff until die.insyaAllah..2lah nikmat law ukhuwah 2 Lillahhitaala..syg za krn Allah!!




AKU ADALAH AKU.syukur dgn ape yg ade..hehe..terima kasih ya Allah..ok.c u next time..=)tata!Assalamualaikum.